Mentega syi
Mentega syi

Mentega syi

Mentega syi ialah lemak yang diekstrak dari buah kacang pokok Vitellaria paradoxa dari benua Afrika. Ia biasanya berwarna kuning dalam keadaan mentah, dan warna kegadingan atau putih apabila ditapiskan.[1] Mentega ini ialah trigliserida (lemak) berasal terutamanya dari asid stearik dan asid oleik. Ia digunakan dalam kosmetik sebagai pelembap, salap atau losyen. syi boleh dimakan dan digunakan dalam penyediaan makanan di Afrika.[2] Ia juga kadangkalanya digunakan dalam industri coklat sebagai pengganti mentega koko dalam campuran dengan minyak lain, walaupun rasa produk akhirnya mempunyai perbezaan ketara.[3][4]Nama "syi" datangnya dari s'í, iaitu nama pokok ini dalam bahasa Bambara di Mali melalui istilah bahasa Inggeris iaitu "shea".[5]

Berkaitan